Bagi pesakit yang telah lama menderita penyakit kronik, sudah jemu berubat cara moden, insyallah boleh mencuba kaedah bekam Alhaddar ini. Manusia berusaha, Allah yang menyembuhkannya.
Gabungan rawatan bekam Alhaddar, Bacaan ayat ayat Alqura, Solat Hajat dan Doa yang dianjurkan Rasulullah, sahabat dan ulama silam serta pemakanan sunnah inshallah bolih menyembuhkan penyakit yang dideritai selama ini.
Firman Allah: “Dan kami turunkan dari Alquran, suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, tidaklah menambah bagi orang-orang yang zalim selain kerugian”.
(QS: Al Israa’:82)
Sabda Rasulullah (saw): “Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah".
(HR Muslim)
Doa amat penting dalam kehidupan kerana melalui doa, manusia dapat berkomunikasi dengan Pencipta memohon hajat. Doa juga merupakan otak ibadah dan dianggap pengakuan tulus atas berbagai kelemahan dan kekurangan hamba di hadapan Allah. Oleh itu, pesakit janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Berusahalah melakukan rawatan rukyah shariyyah di samping berdoa memohon kepada Allah.
Firman Allah: “Berdoalah kepadaku., nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”.( Surah Al Mukmin:60)
Untuk mendapatkan rawatan sepanjang Disember 2014 di Kota Bharu Kelantan bolihlah temujanji dengan Ustaz Sayyid Habib Alhaddar
Whatssap & Sms
+628991306731