Ahad, 15 Jun 2014

MERAWAT SAKIT STROKE / ANGIN AHMAR

Pesakit yang terkena serangan strok dan angin ahmar jangan berlengah lengah dan putus asa membuat rawatan. Melambatkan rawatan akan membuatkan harapan untuk sembuh kembali seperti biasa semakin tipis.

Terapi bekam digabungkan dengan rawatan turun temurun orang arab dengan menggunakan darah burung merpati ( terapi daamul hamaamah) dan rawatan renjatan saraf inshallah memberi harapan baru kepada pesakit stroke.

Gabungan rawatan untuk stroke ini dijalankan oleh ustaz Alhabib Sayyid Haydar Alhaddar dari Indonesia untuk pesakit pesakit stroke yang ingin menjalankan rawatan intensif dengan bacaan doa dan solat hajat.

Kesembuhan adalah dari Allah bagi pesakit yang tidak putus putus berdoa dan berusaha memohon kesembuhan dari Allah inshallah.


Sabtu, 17 Mei 2014

KEHEBATAN RAWATAN BEKAM

SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. 

Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.

Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.


Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Untuk mendapatkan rawatan bekam sunnah  sepanjang bulan Disember 2014  sila hubungi 0139234202 untuk temujanji.

BEKAM MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT

Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu 1400 tahun dahulu.

Kaedah bekam thibbun nawawi nie memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang cerah, merawat kebas kaki, merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga masalah pening kepala.

Nabi Muhammad SAW bersabda:"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia".

Bekam adalah rawatan alternatif sunnah yang berkesan, terutama Sihir, Gout, Kencing manis , Darah Tinggi, Migrain, Kurang daya ingatan, Sinus, Sakit tulang belakang, Kaki semut, Penyakit mata, dan lain-lain.

Berdasarkan hadis diatas, kita tahu bahawa berbekam merupakan sunnah Rasulullah SAW dan sangat dianjurkan dalam rawatan dan pencegahan penyakit. Berbekam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan berupaya menyambuhkan pelbagai jenis penyakit. Antara kebaikan berbekam ialah :

1. Dapat membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3. Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Dapat mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.)
5. Dapat mengatasi kelesuan dan keletihan.
6. Membantu menghilangkan penning dan migrain.
7. Membantu membuang angin dalam badan, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi.
8. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah.
9. Membantu meringankan tubuh kerana darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
10. Membantu mencegah kebas dan juga mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

Rawat Strok dengan Terapi Bekam Alhaddar

TERAPI BEKAM DAN STROK

Stroke adalah serangan otak yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.

Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan  lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa stroke untuk pulih.

Kepada pesakit yang baru mengalami strok segeralah berbekam bagi membenarkan oksigen sampai ke otak dengan mudah.Insyallah anda akan sembuh.