Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu 1400 tahun dahulu.
Kaedah bekam thibbun nawawi nie memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang cerah, merawat kebas kaki, merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga masalah pening kepala.
Nabi Muhammad SAW bersabda:"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia".
Bekam adalah rawatan alternatif sunnah yang berkesan, terutama Sihir, Gout, Kencing manis , Darah Tinggi, Migrain, Kurang daya ingatan, Sinus, Sakit tulang belakang, Kaki semut, Penyakit mata, dan lain-lain.
Berdasarkan hadis diatas, kita tahu bahawa berbekam merupakan sunnah Rasulullah SAW dan sangat dianjurkan dalam rawatan dan pencegahan penyakit. Berbekam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan berupaya menyambuhkan pelbagai jenis penyakit. Antara kebaikan berbekam ialah :
1. Dapat membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3. Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Dapat mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.)
5. Dapat mengatasi kelesuan dan keletihan.
6. Membantu menghilangkan penning dan migrain.
7. Membantu membuang angin dalam badan, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi.
8. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah.
9. Membantu meringankan tubuh kerana darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
10. Membantu mencegah kebas dan juga mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan